Sunday, 15 April 2012

Menangislah jika itu mampu buat hatimu lebih tenang :(



Aku menangis, bukan kerana aku memerlukanmu, bukan kerana aku mahu kau kembali padaku tetapi kerana aku akhirnya menyedari aku terpaksa belajar untuk melepaskan kau pergi.
Aku akhirnya dapat menerima perpisahan kita dan benar2 percaya bahawa aku boleh hidup tanpamu. Aku akhirnya dapat menerima tragedy cinta kita. Kemudian kau tersenyum padaku dan merosakkan segala2nya. Aku tewas dan jatuh cinta sekali lagi padamu!
Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan
Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta.
Cinta sejati  ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.
Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata
Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.
Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusai hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita.
Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi selalu bersama cinta
Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain
Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar
Cinta akan hidup bersama waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berasa di sisi kita…


**Sepayah mana ujian yang Allah berikan kepada kita. Berbahagialah duhai diri. Bersyukurlah selalu. Kerana saat air mata itu jatuh takkan dapat kita rasakan lagi jikalau hati sudah mati. Air mata itu juga takkan pernah jatuh sewaktu kita bahagia lagi alpa. Bersyukurlah atas rahmat ujian. Kepada remaja-remaja seperti saya, Selamat menjalani kehidupan pra-matang dengan penuh kematangan buat semua Semoga Allah sentiasa hulurkan kekuatanNya selalu buat kita**

**hehe.. ;) peace **


1 comment:

  1. ye..ye..seperti aku..tapi aku gembira kerana dia bahagia.. :D

    ReplyDelete